BELAJAR SELOK BELOK PENGURUSAN KELAB BOLA SEPAK MELALUI GAME INI.
Dah bosan main ML, Fortnite, PUBG dan sebagainya? Hari ni kita kenalkan game Football Manager. Kalau korang pernah main FIFA dan PES dan peminat sejati sukan bola sepak, you are no stranger for this game. Sikit sebanyak ada asas dalam bagaimana permainan bolasepak berjalan.
Akan tetapi Football Manager adalah salah satu permainan berbentuk simulasi taktikal di mana korang akan menjadi pengurus kepada sesebuah kelab. Kalau nak main game santai-santai boleh la cuba sambil dapat tambah pengetahuan selok belok nak menguruskan sesebuah kelab bola sepak.
Nak main game ni nak kena rajin membaca, sebab banyak perkataan baru yang korang tak pernah dengar. Tapi sekarang semua dah senang sebab dah ada rujukan Bahasa Melayu untuk Football Manager. Korang boleh ke https://fmmsia.wordpress.combanyak tips and tricks kat situ.
Masa korang tengok bolasepak mesti korang tertanya-tanya “eh kenapa macam ni?” “Eh kenapa player tu tak turun main?” Haa dari sini jugak korang merasa la jadi coach. Baru korang faham bila duduk tempat coach.
Game ni jugak kalau kita main ia akan menilai cara kita menguruskan pelbagai situasi, sama ada dari segi kewangan kelab, hubungan staf dan pemain, penggiliran pemain, taktikal pasukan, urusan perpindahan pemain, kontrak pemain, pembinaan skuad dan sebagainya.
Ya memang ada banyak game bercorak taktikal simulasi seperti ini tetapi game ini mempunyai kelainan serta berada dalam kelasnya tersendiri. Anda boleh dapatkan game ini kat Steam. Apa lagi download lah!
MAKE HEADLINES. DOMINATE HASHTAGS.
RUN FOOTBALL LIKE A BOSS.
RUN FOOTBALL LIKE A BOSS.
0 Response to "BELAJAR SELOK BELOK PENGURUSAN KELAB BOLA SEPAK MELALUI GAME INI."
Post a Comment
Silahkan Berkomentar Sesuai Dengan Topik Pembahasan
Komentar Yang Mengandung Link Aktif Kami Anggap Sebagai Spam..!!