JOM JADI LEBIH PRODUKTIF
Tetapkan keutamaan korang.
Bila dah dapat pastikan apa yang korang ingin lakukan pada minggu ini, catatkan dalam buku catatan harian anda. Catatkan apa tugas-tugas yang terlibat dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan korang. Ini akan buat korang terus fokus menjalankan tugas dengan baik.
Abai atau hapuskan terus gangguan.
Belajar katakan tidak kepada apa jua ajakkan rakan korang, pergi ngeteh ke tengok wayang ke? Persetankan itu semua. Tumpukan pada tugas selagi tak settle.
Kadang-kadang gangguan itu datangnya dari internet atau media sosial contoh macam korang nak google something dari internet sedar-sedar 2jam hanyut menyimpang dari tujuan nak google mengenai tugas korang. Jadi korang perlu guna apps ini di smartphone korang, Forest ini membantu korang lebih fokus. Boleh download di Apps Storedan Google Play.
Kemas tempat korang.
Kemas workstation korang yang serabut tu. Bila serabut ia boleh pengaruhi emosi. Bila emosi kacau, korang tak focus dan tugas anda pun terganggu. Belajar teknik 5S kompom ni boleh tolong korang. Bila dah kemas dan teratur, barang-barang keperluan pun senang nak cari dan lebih lancar nak settlekan kerja.
Jangan lupa desktop korang pun kena kemas jugak kena asingkan dulu baru boleh delete mana-mana file yang dah tak pakai. Anda boleh ikut tips dari video ini.
Motivasikan diri anda.
Nak atau tak nak korang mesti settlekan kerja jugakkan. Jadi kena cari semangat, on lagu-lagu yang boleh beri korang semangat atau buat anda fokus. Contoh seperti di video ini.
Sentiasa relaks.
Setiap keputusan yang kita lakukan akan lebih tepat jika tindakan dan fikiran kita dalam keadaan tenang, betul? Cuba anda buat keputusan dalam keadaan marah. Tidakkah keputusan itu akan dipengaruhi emosi anda?
Jika kita buat keputusan mengikut emosi, kita bukan sahaja akan rugi dan menyesal, malah akan timbul perasaan stress. Ia akan memberi tekanan pada kerja kita dan hasil yang diperolehi tidak akan sama dengan kita harapkan. Jadi istighfar dan ingat Tuhan ingat orang tersayang.
Oleh itu, chill je tak payah serabut sangat.
0 Response to "JOM JADI LEBIH PRODUKTIF"
Post a Comment
Silahkan Berkomentar Sesuai Dengan Topik Pembahasan
Komentar Yang Mengandung Link Aktif Kami Anggap Sebagai Spam..!!