-->

KITA BAKAL ADA PERSONAL ASSISTANT SENDIRI. GOOGLE DUPLEX.




Hmm nampaknya Google mencipta satu sistem AI (Artificial Intelligent) yang membantu manusia menjalankan tugas-tugas harian. Ia bermula dengan Google Assistant satu sistem AI yang telah dipasang pada smart speaker seperti Google Home Max dan pelbagai peranti Android yang lain.


Di Google I/O* pada 8 Mei 2018, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai mendedahkan satu sistem AI baru yang membuatkan sistem AI ini nampak lebih manusia seolah-olah kita mempunyai PA (personal assistant) sendiri. Sistem ini dinamakan Google Duplex.



Pada mulanya kita mendapati ia satu penemuan teknologi Google yang menakjubkan tapi pada masa yang sama timbul rasa seram atau creepy kerana intonasi atau lenggok suara tersebut sebijik-sebijik macam seorang manusia biasa membuat tempahan untuk servis atau barangan. So bayangkan kita yang terima call dari AI tersebut kita takkan tahu sama ada manusia atau robot yang call kita.


Google Duplex ni ada pelbagai jenis suara lelaki dan perempuan. Suara penyanyi John Legend pun ada. Penemuan baru ini meletakkan pesaingnya Siri(Apple) dan Cortana(Windows) jauh dibelakang. Tetapi ciptaan ini akan membuka ruang pelbagai inovasi baru pada dunia teknologi. 


Walaupun masih dalam peringkat percubaan, kita boleh bayangkan berlagak seperti Tony Stark memberi arahan kat Jarvis macam dalam movie Iron Man. Cool kan, haha!

Tak percaya tengok video bawah ni.




*Google I/O ialah satu persidangan tahunan bagi developer yang diadakan oleh Google di Mountain View, California. I / O mempamerkan sesi in depth technical yang difokuskan untuk membina aplikasi web, mudah alih dan perusahaan dengan Google dan sumber terbuka seperti Android, Chrome dan OS Chrome, API, Toolkit Web Google, App Engine, dan banyak lagi.

0 Response to "KITA BAKAL ADA PERSONAL ASSISTANT SENDIRI. GOOGLE DUPLEX."

Post a Comment

Silahkan Berkomentar Sesuai Dengan Topik Pembahasan
Komentar Yang Mengandung Link Aktif Kami Anggap Sebagai Spam..!!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1




Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel